Sustained Release Vita C Plus 500mg ialah vitamin C keluaran shaklee, dimana ia diperkayakan dengan Citrus Bioflavonoids.
Apa itu Bioflavonoids?
Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit.
Kenapa vitamin c shaklee juga disebut sbg sustained release?
Bersifat sustained release dimana Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti.
Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
Maksimum penerimaan Vit c dlm bdn 2000mg sehari so boleh telan 4 biji terus sehari hehe
(1 biji vita C 500 mg=7 1/2 biji oren sunkist)
Fungsi Vitamin C :
- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
Khasiat Utama Vitamin C
~ Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
~ Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
~ Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
~ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.
~ Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.
~ Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Siapa yang memerlukan Vitamin C?
* Perokok
* Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
* Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
* Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
* Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.
Kelebihan Vitamin C Shaklee
1. Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!
- Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! (Sumber: Vitamin Semulajadi)
2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'
- Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti!
3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!
- Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! Hebat kan?
4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya
- Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids!
5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan
- Semuanya natural
Jika kurangnya vitamin C di dalam badan, apa akan jadi?
* Rasa letih dan lemah badan
* Sakit-sakit dan sengal badan.
* Bengkak gusi.
* Hidung berdarah.
* Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah – Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja, gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
* Dapat diperhatikan melalui tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubuh tau luk memar pada badan umpama bekas kena pukul
* saluran darah kecil, senang pecah
* lukaan lambat pulih
* penyakit anemia (kurang darah)
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
No comments:
Post a Comment